Nak tahu pengalaman mengandung pertama saya? Mari baca..

Hi! As-salam,

Sebagai ibu, pengalaman bersalin memang merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan samada ianya suatu pengalaman pahit ataupun manis. Alhamdulillah saya diberi peluang oleh Allah untuk merasa pengalaman  mengandung sebanyak tiga kali & pengalaman bersalin dua kali.

Untuk kandungan pertama saya, belum ada rezeki lagi agaknya ketika itu untuk menimang anak. Saya disahkan mengandung luar rahim, ataupun dikenali sebagai ‘ectopic pregnancy’ (boleh ikuti kisah ‘ectopic pregnancy’ saya & klik di sini). Saya mengandung kali kedua selepas 8 bulan kemudian.

Memang terkejut sangat bila didapati sah mengandung. Excited kali kedua menjadi-jadi. Tapi saya masih  fobia risau kalau- kalau kandungan kali kedua ini juga di luar rahim. Tapi alhamdulillah, selepas baby scanning, semuanya dalam keadaan baik, baby berada di dalam rahim sudah 8 minggu. Syukur kepada Allah.

Masuk minggu ke-9, loya & muntah menjadi peneman hari-hari. Saya memang tak dapat makan apa-apa langsung la masa itu. Minum air & susu je. Kadang-kadang minum susu pun boleh muntah, aduiii! Sehinggala berat badan turun hampir 5 kg. Nurse marah masa saya buat check up since berat turun melampau (medical check-up for pregnancy mum boleh baca di sini). Tapi dia paham.  Biasalahkan ibu di awal first trimester ni macam-macam ragam. Tidak sama mengikut kondisi badan ibu masing-masing la.

Dalam tempoh morning sickness tu, pernah la juga kena warded sebab kandungan air & glukosa dalam badan kurang. Saya rasa sangat parah masa tu. Itulah kali kedua saya warded selepas operation regarding ectopic pregnancy dulu. 4 bulan diserang sakit alahan. Masa tu, tengah bulan Ramadhan pula tu, memang sebulan la saya tak puasa. Masyaallah! Tapi apa nak buatkan, saya dalam darurat ketika itu, memang saya tak dapat puasa. Selepas 4 bulan suffer, dengan muntahnya, pening & ‘melepek’ sentiasa,  alhamdulillah, selera  pada bulan keempat tu makin ada. Ketika itu, masuklah fasa kedua ataupun dipanggil second trimester kandungan saya.

Pada fasa kedua & ketiga kandungan , syukur memang tiada sebarang masalah. Semuanya berjalan lancar.  Dah tak ada muntah-muntah, cuma kadang-kadang selalu rasa mengantuk dan letih.  Sakit pinggan terasa dikala bulan ke-8 dan ke-9 kandungan. Selalu rasa nak mandi sebab asyik rasa panas. Betul la, orang  tua-tua kata badan ibu mengandung memang selalu rasa panas kan. Namun, yang seronoknya,  naluri keibuan ketika fasa ini menjadi-jadi. Rasa tak sabar nak lihat  anak lahir,  nak cepat siapkan persiapan lahir anak & sebagainya. Lagi bertambah best, bila rasa gerakan dan tendangan-tendangan comel  si anak dalam perut. Syahduuu nye rasa. Disebabkan itu pengalaman pertama untuk menjadi ibu, banyak yang saya tak tahu & banyak perlu cari sumber  rujukan perihal mengandung, perkembangan anak , kelahiran & berpantang.  Buku nama-nama anak pun saya beli. Hahaha. Memangla kan . Boleh Google je kan nama-nama tu. Tapi pilihan nama Aryan tetap dekat dihati. 

Aryan Mahdi~ Alhmadulillah, kini dah besar.. dah jadi abang kepada 2 adik lagi..



Bagi mengetahui sumber bacaan saya mengenai amalan kehamilan & seangkatan dengannya, boleh klik di sini.

Sebarang cadangan & sharing, dijemput korang jote down di ruangan komen di bawah tue.


No comments:

Post a Comment