Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Shaklee Malaysia menghadapi tamparan hebat apabila dikaitkan dengan Israel.
Ikuti pendedahan Master Norita dalam laman web nya mengenai isu Shaklee dan Yahudi yang mencetuskan fenomena yang mendorong ke arah pemboikotan terhadap produk-produk Shaklee dan syarikatnya.
Ini kami qoute kan:
"Tercetusnya peperangan di Gaza, masyarat Malaysia yang peka dan prihatin dengan isu kemanusiaan mula cari sumber-sumber penyumbang ekonomi kepada Israel atau lebih tepat Zionist. Ini menandakan sikap pritatin yang mulia terutamanya bagi kita saudara seagama rakyat Palestine.
Kekecohan pertama bermula bila salah satu website milik pengedar persendirian mengunakan logo rasmi Shaklee Corporation di website peribadi mereka.
Website milik persendirian ini milik aktivis Israel. Mereka berusaha mencari dana dengan menjual Shaklee demi agama mereka. Tapi cara mereka adalah melanggar peraturan Shaklee Coorperation. Mereka tidak boleh mengunakan logo rasmi syarikat untuk website persendirian. Kerana itu membabitkan imej syarikat. Pengedar persendirian ada logo pengedar. Website ini popular kerana mereka mengunakan Amazon sebagai medium pengiklanan.
Shaklee coporation telah mengambil tindakan pada pihak terbabit. Mereka telah menurunkan logo Shaklee Corporation dari website mereka. Fikir sejenak. Kalau Shaklee menyumbang pada Israel so call Zionist, kenapa perlu tunduk kepada bantahan kami, Master Coordinator Shaklee, Malaysia.
Sebagai panduan untuk kita ketahui apakah product di dunia ini yang menyumbang pada kekejaman zionist, bole layari www.inminds.com atau KLIK SINI : SEMAK SENARAI SYARIKAT PENYUMBANG ISRAEL
Kita juga boleh ikuti facebook page mereka di link ini : https://m.facebook.com/inmindscom.
Ada Shaklee dalam senarai ini ?
JUMAAT 8 OGOS 2014 ~ Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di Facebook page.
Kecoh tentang statement yang mengatakan Shaklee menyokong Israel hinggakan dibuat pernyataan dalam bentuk soalan oleh Ustaz Zaharuddin sendiri. Mengenai post UZAR. Post ini adalah LONTARAN IDEA ustaz. Bukannya kenyataan muktamad. Beliau sekadar memberi lontaran persoalan.
Teguh dengan list boikot inminds. List itu dikeluarkan hasil dari kajian. Tulisan uzar tersebut bukan kajian, sekadar lontaran idea dari sekilas bacaan.
Walaubagaimanapun, boleh teliti printscreen di bawah. Sila komen untuk pertanyaan lanjut
Photo 1 : post asal uzar
Photo 2 : post edit uzar selepas itu
Photo 3 : perbualan Master hafizan dgn uzar
Photo 4 : petikan artikel uzar
Photo 5 & 6 : inminds boycott list
PHOTO 1
PHOTO 2
PHOTO 3
Sayang seribu kali sayang, masyarakat kita suka klik & share bukan mengkaji dan memilih pendirian. Apa yang mereka hadam? 2 perkataan iaitu “Boikot” & “Shaklee”. Ada ramai juga yang mengkaji dengan usaha mengbenarkan Shaklee menyumbang pada peperangan. Post ini mendapat viral yang sangat hebat. Tahniah ! Like berpuluh ribu, komen dan share juga sangat mengkagumkan. Tapi pada petang itu juga, UZAR telah bertindak DELETE post tersebut. (Sebab tu kalau anda cari dah tak jumpa). Saudaraku, Ustaz juga manusia, tak maksum.
Tapi apa sebenarnya stand Shaklee Corporation ?
Adakah Roger Barnet personally suka dan sokong statement EW?
Adakah Roger Barnet sangat suka melihat anak-anak Palestine dibunuh kejam?
Menjawab pada isi ini, Shaklee Malaysia mengeluarkan statement sementara seperti berikut :
Oh, mungkin statement ini tak memadai…Teruskan membaca.
Kenapa saya masih tak boikot-boikot Shaklee ni. Suka bunuh orang Islam Palestine ke? Percaya Yahudi ke ?
oops…Saya mengucap kalimah syahadah. Kepercayaan saya pada Allah. (Jangan tak tahu ada orang kata saya percaya Yahudi)
Why..Kenapa, Bakpo, mengapa saya pilih untuk boikot Shaklee…
Throwback..berdasarkan kenyataan Ustaz Zaharuddin dalam blog beliau Zahariddin.net. UZAR adalah sumber rujukan kita dalam banyak permasalah. Beliau adalah pakar dalam bidang fiqh. Saya bukanlah orang yang ilmiah dalam agama, maka saya sandarkan pada UZAR kerana seorang ulamak yang faqih. Siapa lah saya untuk mengunakan ayat-ayat Allah sebagai hujah. Beliau antara rujukan yang sangat valid.
PROFILE USTAZ ZAHARIDDIN ~ KLIK DI SINI
Kata UZAR…Saya copy paste semula ya. Tak mahu olah kerana tak mahu salah tafsir bab-bab agama.
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan ‘direct’ kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.
b-Syarikat tersebut mendedahkansecara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
SYARAT SEBELUM SEBARAN ~ Ada syarat ya, bukan main klik
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya)
( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.
Boleh lihat sendiri entry blog UZAR di sini : Hukum McDonald, KFC, MAXIS & Syarikat Yahudi
Ada yang berkata, dah barang Amarika…kita kena boikot.
Rujukan saya yang seterusnya pada Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. SIAPA BELIAU ?
- Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
- MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
- Pensyarah USM, Prof Madya Bahagian Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith
- Fellow OCIS, Oxford University, Oxford (2011-2012)
- Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)
Kenali SIAPAKAH YAHUDI di blog beliau. Apa Yang Saya Lalui Tentang Yahudi."
Jadi, diharapkan penjelasan di atas adalah jelas kepada semua.Bukan kerana duit ringgit dijadikan taruhan untuk tidak memboikot, tetapi kesan dan manfaat terhadap kesihatan dan tambah nilai individu yang menjadi keutamaan.
MAKA DENGAN ITU, TIADA LAGI KERAGUAN TERHADAP SHAKLEE & KAMI BEST SHAKLEE TO YOU BLOGSPOT MENYOKONG UNTUK TIDAK MEMBOIKOT SHAKLEE.
ANDA BAGAIMANA? TIDAK ADA KERAGUAN LAGI. KATAKAN TIDAK UNTUK MEMBOIKOT SHAKLEE ;)
Sekian.
Salam sayang,
Best Shaklee to You.
No comments:
Post a Comment