Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana sudi
singgah di rumah blog ohhibu.blogspot.com
Sedikit tentang diri saya. Nama penuh diberi Mazyrah. Isteri
kepada seorang suami yang penyayang dan prihatin En. Nor Azman dan ibu kepada 3 orang putera iaitu Aryan Mahdi, Farees Nawfal dan Nur Muhammad.
Tertubuhnya blog ohhibu.blogspot.com ini adalah disebabkan kecenderungan saya dengan Penyusuan Susu ibu kepada bayi. Saya dengan lapang hati ingin berkongsi dengan ibu ibu sekalian di luar sana mahupun yang tengah membaca blog saya sekarang ini, mengenai bagaimana untuk menjayakan penyusuan mereka secara penyusuan ekslusif yang dituntut oleh pakar kesihatan bayi. Penyusuan ekslusif ini adalah merupakan satu tempoh ekslusif bagi bayi yang menyusu susu ibunya tanpa sebarang sebatian makanan lain mahupun air kosong. Tempoh ekslusif tersebut adalah paling kurang selama 6 bulan dari tarikh awal kelahiran bayi anda. Namun, berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rakan rakan ibu yang lain yang bekerja yakni bekerjaya, tempoh ekslusif tersebut adalah yang paling mencabar. Kerana ianya menuntut satu ilmu yang dinamakan Ilmu Penyusuan.
Di harapkan menerusi blog ini, saya dapat menyalurkan kepakaran saya dalam membantu ibu ibu bekerjaya sekalian menyusukan bayi mereka sekurangnya 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun, insyaAllah.
Wassalam,
Di harapkan menerusi blog ini, saya dapat menyalurkan kepakaran saya dalam membantu ibu ibu bekerjaya sekalian menyusukan bayi mereka sekurangnya 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun, insyaAllah.
Wassalam,
Mazyrah Masri
BF Support
BF Supplement Dealer SID 933888
"Penyusuan itu suatu Sunnah"
No comments:
Post a Comment