Harini saya banyak cari
info berkenaan dengan breastfeeding (penyusuan). Yelah saya dah mula buka buku
balik tentang penyusuan ni memandangkan adik kepada Aryan dan Farees dah nk
keluar kann.. hihi.. kenala buat sikit preparation refreshing balik.. Apakata
mari kte sama2 baca entri ini yang saya sendiri olahkan secara ringkas pasal
penyusuan ini. Harap ianya bermanfaat untuk saya dan anda semua.. “Penyusuan
itu SUNNAH & I love breasfeeding!”..
Perkara asas yang perlu
kita tahu pasal breastfeeding (bf) ini adalah konsep bf itu sendiri.. Konsep “Supply and demand”.. dengan kata mudahnya dimana dan selagi ada PERMINTAAN di situlah akan ada
PENGELUARAN.. haha.. macam kilang la.. kilang proses makanan tuu
contohnya.. selagi ada orang yg makan dan nak beli makanan dari kilang tersebut,selagi
tuu la kilang akan proses keluarkan makanan seperti yang diminta pelanggan..mudahkan..
kena betul2 paham.. macam tula dengan breastfeeding kita. Selagi anak nk
menyusu dan kita asyik kasi susu ke anak dan rajin pam susu, selagi itula badan
akan keluargakan hormon untuk produce susu badan kita. Lagi banyak menyusu lagi banyak susu dihasilkan.. jadi kena kekalkan momentum penyusuan anda ye..
Bagi yg stay kat rumah
xkiralah WAHM atau SURIRUMAH sepenuh masa, boleh terus direct feeding je kan.
Tp bagaimana cara n tips nk kerap kasi
susu ke baby kalu bekerja.. masa terhad ngan baby kan? Jawapannya mudah je,
boleh buat stok EBM anda dengan pum susu waktu kerja dan di rumah. Simpan & urus susu perahan anda sebaik
mungkin. Bagaimana? Haa… meh nk cerita..
Daripada apa yg saya baca
dan amalkan untuk kedua2 anak saya.. susu yg disimpan dalam peti ais beku,
tempoh masa saranan tahan sehingga 2 minggu ke 4-6bulan (bergantung kepada
jenis freezer korngla).. kalau susu perahan disimpan dalam refrigerator, susu
paling baik pun dalam 2 hari je. Masuk hari ketiga, saya dah tak pakai susu
tersebut. Kalau untuk susu yg nak dicairkan dari freezor yg beku tu, saya akan pastikan dalam tempoh
24 jam susu tu mesti diberi kepada baby saya. Begitulah keadaannya. suhu dan jangkamasa ketahanan ebm nie adalah
berkadar songsang.... semakin rendah suhu ebm, maka semakin tinggi ketahanan
susu tersebut dan semakin tinggi suhu ebm ini, maka semakin rendahlah
jangkamasa ketahanan ebm ini...Hokey, lepas dah taw/cairkan, camne lak
nak panaskan susu tu kan? Hemm.. tuh pun kena pandai n tahu cara2 nye.. stok susu
ibu tak boleh dipanaskan dalam suhu yang melampau kerana dikhuatiri nutrisi
dalam susu ibu kita tu hilang.
Waaa.. panjang pulak
celoteh entry ni..asalnya nk tules pendek je share pasal konsep supply and
demand jee.. dah meleret pulak sampai cara penyimpanan. Next entry ye saya
share the best way of cara penyimpanan susu EBM ni untuk anda ibu2 susu
sekalian. Pendek kata, kekalkan momentum anda untuk teruskan niat & usaha
menyusukan baby eksklusif 6bulan sehinggalah 2 tahun..aminnn.. "anak manusia
kenalah kasi susu manusia kann".. & jangan lupa lengkapkan diri anda dengan
nutrisi terbaik yang dapat disalurkan kepada baby terchayang.... untuk dapatkan
nutrisi terbaik untuk baby pastikan pilihan makanan termasuklah pengambilan
supplement kita pun yang terbaik..
Bagi saya, pastinya saya
ambil supplemen Shaklee.. Hmm..Kalau kita nak menyusukan anak tanpa perlu
mengambil apa2 supplemen..terserah… tetapi pastikan kita mampu untuk
menyediakan kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan
keperluan tubuh kita kita dan anak.....bak kata sahabat saya.... kita taknaklah
nnt kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan
fizikal kita rapuh tulang…, kulit kusam , nampak tua dari umur, tak bermaya,
lesu…dan banyak lagi…eee.. gerunnya..
Salam sayang.. zyra masri
019-622 6851
No comments:
Post a Comment