Pages

5+1 Tips Berkesan Banyakkan Susu Ketika Berpantang


Haa.. tengah mood berpantang nie..almaklum baru dapat baby baru Nur Muhammad..sukala saya tambah2 lagi bab2 nak cerita2 pasal penyusuan ni..Makanya, dengan itu, saya kongsikan sedikit tips berkesan bagi menjayakan penyusuan bagi ibu2 yang sedang dalam tempoh berpantang sekarang ni. 

Penyusuan Ekslusif bermula dari Tempoh Berpantang
(gambar sekadar hiasan)

Sebenarnya, dalam tempoh berpantang inilah bermulanya perjalanan penyusuan untuk anak-anak syurga kita. Bagi ibu bekerjaya yang ingin menjayakan penyusuan ekslusif walaupun bekerja, tempoh berpantang adalah paling sesuai untuk mengumpul stok EBM anda.. Insyaallah dengan usaha yg konsisten diharapkan rezeki anak kita untuk mendapat susu ibu berjaya dilaksanakan dari awal kelahiran.. Mari saya sharekan tips2 yg boleh diamalkan utk ibu2 berpantang atau lebih mesra disapa ramai sebagai mak tang kan ;) Saya telah mencuba tips2 ini dari anak pertama hinggalah sekarang anak ke3 sekarang ni.. ini tips nya ibu2 mak tang2 comel sekalian yer-


1. Minum Banyak Air Kosong
Air kosong sangat penting sebab susu ibu sememangnya dari air.. Ibu-ibu dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 3liter atau 14 cawan sehari air putih

Air sumber utama susu ibu

Suka juga saya share, dalam tempoh berpantang petua orang2 lama kena minum air suam2 panas, elakkan air sejuk. air suam2 panas pun sedap boleh panaskan badan dalam masa yg sama bertambah sihat kan.
Ibu ibu dinasihatkan kalau boleh elakkanlah minum air manis seperti twister oren kerana minuman manis galakkan dehidrasi badan kita. Sekiranya ingin juga minum manis, gantikan dengan air berkalsium seperti susu dan horlicks. Seperti kita tahu, lagi tinggi kandungan kalsium dalam susu ibu lagi baik untuk kesihatan tulang bayi.


2. Kerapkan Menyusu dan Mengepam
Haa yang ni rasa nya bukan lagi rahsia bukan. Semua pun tahu bahawa faktor utama penyusuan adalah "demand and supply"..The more and higher the demand, the more supply will be.. Kekerapan penyusuan atau pum juga merupakan tips yang sangat penting dalam menjayakan misi penyusuan. Walaupun bayi pada peringkat awal kelahiran hanya minum susu sikit sahaja, susu haruslah diberi sekerap yang boleh jika tidak perlu dipam.

Jumlah Oz susu ibu yang diminum bayi dalam tempoh berpantang 

Ibu ibu perlu tahu semakin kerap kita ‘kosongkan’ payudara, semakin banyaklah susu akan dihasilkan. Maka kerapkanlah memberi bayi susu atau mengepam menggunakan breastpum, melakukan tandem pumping atau marmet. Ibu ibu perlu tahu bahawa hormaon prolactin iaitu hormone susu banyak dihasilkan pada waktu antara 12 hingga 6 pagi. Maka kerapkan memberi bayi susu ataupun pum.. pengalaman saya, tempoh berpantang ni, tak sempat nak ‘penuh’ pun, ada saja saya beri baby minum or pum ;)


3. Tandem Pumping
Tandem Pumping ini maksudnya kita menyusukan bayi dan dalam masa yang sama kita pum susu. Ringkasnya menyusu bayi dan mengepam secara serentak. Memang agak sukar pada permulaannya. Tapi pengalaman saya, lama-kelamaan tandem pumping ni menjadi favourite saya. Seronok pulak dapat berlumba dangan baby.. Sama ada baby kenyang dulu atau pum penuh dahulu.. best lagi dapat lihat anggaran oz yg baby minum..lagipun dgn tandem pumping ni takla membazirkan susu yg sebelah lagi tue.. :)


4. Jangan Guna Stok EBM lagi dan Susu Formula
Ibu ibu bekerjaya dinasihatkan tidak menggunakan lagi stok EBM yang telah dikumpul hari demi hari dalam tempoh berpantang tersebut. Stok EBM hanya boleh digunakan setelah masuk kerja nanti..Percayalah susu badan adalah amat cukup untuk bayi, tak perlu menggunakan stok tersebut lagi. Dan ibu ibu dinasihatkan mengelak sama sekali susu formula pada saat berpantang dan sekiranya berniat untuk menjayakan penyusuan ekslusif untuk anak. Ini kerana pemberian susu formula kepada bayi akan mengganggu proses merangsang pengeluaran susu badan kita.


5.Positif dan Ceriakan Diri
Haa, kenapa perlu ceria positif untuk banyakkan susu? Ini penting kerana  penghasilan susu berkait rapat dengan penghasilan hormon oxytocin. Hormon oxytocin ini hanya boleh dihasilkan bila ibu ceria dan sentiasa tersenyum =) Hormon oxytocin akan seterusnya merangsang penghasilan hormon prolaktin, yang juga digelar sebagai hormon keibuan. Sentiasa tanamkan dalam fikiran yang susu badan kita banyak dan cukup untuk anak, ulang setiap kali sebelum dan selepas menyusu dan mengepam. Elakkan stress. Saya akui waktu berpantang memang ada fasa stress yang dipanggil mother’s blues..lihatlah wajah comel bayi anda bagi menjana cas2 positif anda.. Insyaallah, dengan hormon oxytocin + Hormon prolaktin + mindset susu banyak akan membantu merangsang penghasilan susu ibu melimpah-ruah..


Pengalaman Menyusu adalah Nikmat yang tidak Ternilai


5+1. Tips Tambahan
Nie saya nak story tips tambahan yg saya amat terkesan dengannya.. Masa berpantang, berpantang pantang juga, tapi perlu makan Makanan berkhasiat dan cukup Nutrient. Macam saya anak pertama dan kedua saya ambil jamu kampong sepanjang tempoh berpantang bagi memberikan tenaga dan untuk membantu menghasilan susu. Bila masuk anak ketiga saya mengamalkan Suplement Shaklee sejak awal tempoh berpantang dan ternyata ianya benar-benar berkesan pada saya.Yang best nya bukan sahaja Saya dapat susu yang cukup nutrient, badan tidak mudah letih, luka cepat sembuh, stress terkawal. Malah kulit saya juga semakin cantik sepanjang saya mengamalkan pengambilan suplement ini secara konsisten.

Antara Vitamin yang saya ambil ialah.. Bcomplex, Vit C, Vitalea dan Alfafa. Pada awalnya hanya 4 suplement asas ini sahaja yang saya ambil dan ianya amat membantu saya dalam menjayakan misi penyusuan anak-anak syurga saya.  Anda ingin cuba..? Boleh klik di bawah untuk Order


Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu Sunnah..






*Ingin dapatkan supplement terbaik untuk penyusuan bersama tips EKSLUSIF lain boleh direct telegram/wassap/sms saya mazyrah di 019-622 6851. Consultasi PERCUMA untuk setiap pembelian. 

*Anda juga boleh membuat pembelian secara online system dengan saya. Klik Nak Supplement Paling Baik untuk Penyusuan Susu Ibu cadangan dari Pakar Penyusuan ;)



Mazyrah
BF Support
BF Supplement Dealer
019-622 6851


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment