Baby Tak Mahu Menyusu Susu Ibu ~Mood Sedih~



Assalamualaikum ibu ibu yang dirahmati Allah selalu.. Menjadi ibu bekerjaya dalam masa yang sama menyusu bayi adalah sesuatu yg sukar. Namun dengan perancangan rapi dan ilmu yang cukup, ibu ibu bekerja mampu menjayakan penyusuan exclusive kepada bayi mereka. 

Walau bagaimanapun, kekadang masih terdapat beberapa kekangan dan masalah yang timbul yang dihadapi segelintir dari kita ibu ibu apabila sudah masuk bekerja. Contohnya seperti baby tak mahu menyusu direct dengan ibu dengan erti kata lain, baby tak mahu hisap breast si ibu nya. Ramai juga sebenarnya mengalami masalah ini. Hal ini sedikit sebanyak mungkin dipengaruhi oleh alternative lain iaitu minum dari botol susu. Perkara ini tidak boleh di pandang remah kerana payudara yang tidak dihisap secara langsung (direct feeding) oleh bayi akan mengalami kemeruduman  susu oleh sebab kekurangan stimulasi secara terus dari bayi. Mari kita baca sedikit perkongsian kenapa hal ini berlaku dan bagaimana mengatasinya.

***********************

(Saya copy paste persoalan ini dari blog Mummy Zura. Credit to her)


Apakah Punca Hal Ini Berlaku? Bagaimana pula mahu mengembalikan minat bayi untuk menyusu terus (direct feeding)? Ada dua kemungkinan hal ini berlaku.
  • Susu yang terlalu banyak
Keadaan ini kebiasannya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada masa ini sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula di dalam fasa mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini bayi agak sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu terus daripada ibunya.
  • Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direct feeding)
Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula.  Ini kebiasannya disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah mengerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu mengerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Ini?
  • Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan maslah jaundice bagi bayi yang baru dilahirkan.
  • Sekiranya payu dara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan.
  • Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya.
  • Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya bagi yang menggunakan pam manual seperti saya. 
  • Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti nak mengajar mereka menyusu melalui botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walaupun sedikit, tetapi jangan memaksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Susukan kembali ketika mereka kelihatan haus. Kebiasannya menyusu kan bayi ketika mereka separa sedar (dalam keadaan mamai) agak mudah
  • Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Contohnya, sejam sekali atau setengah jam sekali.
  • Susukan bayi dalam suasana yang tenag. Jauhkan dari kebisingan dan gangguan. Emosi ibu ketika juga harus dalam keadaan yang relax dan tenang.
  • Ambil peluang yang ada untuk meluangkan masa dengan bayi, banyakkan sentuhan dengan bayi.
  • Elakkan pengunaan puteng kosong kalau boleh haramkan pengunaan puteng kosong pada bayi anda.
  • Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walaupun ketika berada di tempat awam. Pelajari teknik penyusuan di tempat awam.
  • Jangan marah dan jangan memaksa bayi anda. Sabar..! sabar..! sabar..! Takkan buat sekali terus berjaya. Luangkan masa yang ada di antara anda dan bayi
  • Doa yang berterusan agar usaha ibu-ibu semua dipermudahkan.
  • Jangan Putus Asa, jika rasa down boleh call saya.., InsyaAllah saya akan bantu kembalikan semula keyakinan ibu-ibu semua. ;) 
*****************
Saya juga pernah mengalami episod bayi tak mahu direct breastfeed ini ketika anak pertama saya. Saya faham.. memang sedih dan stress masa itu.. Namun, syukur pada Allah episod tersebut telah berlalu dari saya dan telah dapat diatasi.. dinasihatkan pada ibu ibu sekiranya hal ini berlaku pada anda, yang penting Jangan Putus Asa, teruskan niat dan usaha untuk  meneruskan penyusuan kepada bayi anda.. jika rasa down jugak boleh call contact saya.. InsyaAllah saya akan bantu kembalikan keyakinan ibu ibu semua.. ;)


Salam ikhlas,
Mazyrah
019-6226851

"KEPAKARAN saya dalam membantu ibu ibu bekerjaya menyusukan bayi secara EKSLUSIF sekurang kurangnya selama 6 bulan" mazyrah

No comments:

Post a Comment