Rahsia untuk si Puting Leper/Tenggelam Menyusu..~ Tiada Lagi Alasan Untuk Tidak Menyusu~

Mood tengah best nak kongsikan pada ibu ibu sekalian pasal penyusuan lagi ni.. pasal “bolehkah ibu dengan puting termasuk atau leper menyusukan bayinya?” isu ini memang menjadi masalah juga pada segelintir dari kita yang bimbang samada bayinya dapat susu atau tidak dengan bentuk puting payudaranya yg leper atau tenggelam. Ramai juga yg berkongsi cerita dengan saya pasal hal ini.

Tahukah sebenarnya bentuk puting payudara yg leper sebenarnya boleh dihisap oleh bayi secara normal dengan beberapa usaha yg perlu si ibu lakukan. Meh saya nak story mory skit..hihi..

Sekiranya di awal kelahiran, bayi mempunyai masalah untuk menyusu, terlebih dahulu kena tahu bentuk puting dahulu samada ianya normal, leper atau tenggelam.. caranya: Dgn menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kwsan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting. Puting yg normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tetonjol keluar manakala putting tenggleam akan tertarik ke dalam. Klik sini utk lihat rajah. 

Namun, seperti yg saya nyatakan tadi, tiada masalah sekiranya putting payudara ibu ibu yg saya hormati sekalian adalah berbentuk leper atau tenggelam.. ibu ibu tak perlu risau.. walaupun puting leper/tenggelam masih dapat susukan bayi anda..insyaAllah.. yg penting apa usaha ibu ibu sekalian lakukan untuk atasi masalah ini? Melalui kajian pembacaan dan pengalaman kawan2 saya, haaa.. ini dia RAHSIA nya..


1.       Amalan Latch On (Pelekapan) yang betul
Untuk putting leper, teknik Latch On yang betul haruslah diketahui dan diamalkan ketika menyusu. Sila lihat rajah dan penerangan.



Teknik pelekapan yg betul ini dapat merangsang pengeluaran susu secara langsungnya mewujudkan mood selesa untuk bayi kerana susu masuk dengan baik ke dalam mulut comel mereka tak kisahlah puting ibu leper, tenggelam atau leper, memang bayi suka akan teknik betul ini.


2.      Kerapkan menyusu bayi
Ibu ibu dinasihatkan untuk kerap menyusu kerana penyusuan yang kerap dapat memberi peluang kepada bayi anda untuk menarik puting payudara anda untuk keluar. Bayi anda juga dapat belajar untuk melekap dengan lebih baik.


3.      Urutan
Urutan dapat membantu bentuk puting payudara. Ibu  boleh cuba merangsang puting payudara dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Sebelum memulakan penyusuan picitkan sedikit puting payudara anda dengan tangan yang bersih untuk memudahkan bayi anda melekap dengan baik.


4.      Teknik Hoffman
Tips lain yg boleh dilakukan adalah Teknik Hoffman yg boleh dipraktikkan 5-6 kali sehari. Teknik ini adalah melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya dengan cara Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda.


5.      Penggunaan Pam Susu

Ibu ibu dinasihatkan untuk menggunalan pam susu bagi membantu menonjolkan keluar putting payudara. Pengepam adalah teknik paling berkesab daripada alat2 lain. Semakin banyak mengepam, semakin tinggi kecenderungan puting untuk timbul. Malah dengan kekerapan mengepam, susu akan bertambah banyak. 


Bentuk puting payudara bukanlah segala gala untuk penyusuan. Teknik betul, kekerapan menyusu dan mengepam yg konsisten, mindset ibu yg membina+positif dan pemakanan yg baik  itulah kunci sebenar kejayaan dalam penyusuan. Ibu ibu yg mempunyai bentuk puting leper/tenggelam ini dinasihatkan yakin pada diri sendiri dan jangan putus asa. 


Sekian dari saya,
Mazyrah Masri
019-6226851
Penyusuan itu Sunnah

No comments:

Post a Comment