Pages

Tips Tandem Pumping yang Berkesan



"Tandem Pumping Teknik Mudah Rangsang Susu Ibu Banyak"


Assalamualaikum..Selamat petang yer ibu ibu yang saya sanjungi sekalian.. Dah lama kan saya tak update blog ohhibu ini.. Ni baru berkesempatan jenguk balik blog yang dah mula bersarang.. taknakla bersarang lama2 kan.. tips banyak sangat nak dikongsi sebenarnya untuk ibu ibu.. tapi masa yang xberapa mengizinkan.. sebut pasal masa ni, okey2, kita terus berbalik pada sharing saya kali ini, xmahu berceloteh panjang, hihi..berkenaan Tips Berkesan Jayakan Tandem Pumping.


Ramai yang merungut, “susu tak banyak la,” “tak sempat nak pam la..”, “dekat rumah tak sempat nak pam langsung”, “baby malam2 bangun lagi la tak sempat pam”.. Haaa… & macam2 lagi la kan..hihi.. tapi tahukan ibu ibu yang sebenarnya kita boleh pam bersama susukan bayi dalam masa yg sama yg dinamakan tandem pumping?? Haa.. meh saya nk kongsi pada yg belum tahu dan nak tahu.. tapi sebelum tu, tahukah ibu ibu apa itu Tandem Pumping?? Bagi ibu yang pernah buat Tandem Pumping ni mestila dah tau kan..Tapi konsisten tak buat? Tahu tak apa cara mudah untuk buat Tandem Pumping ni? Hihi


Kalau nak tahu.. Tandem Pumping ini sebenarnya adalah satu kaedah dimana si ibu menyusukan bayi sambil mengepam. Bermaksud sebelah payudara menyusu bayi, sebelah payudara lagi mengepam dengan breastpum (tak kisahla pam manual or elektrik pum). 





 Gambaran Tandem Pamping - Menyusu bayi dan mengepam secara serentak




Tujuan Tandem Pumping adalah untuk:

> mengelak pembaziran susu yang turut keluar akibat dari ransangan bayi menyusu sebelah payudara
> merangsang  konsep supply & demand pada penghasilan susu badan ibu
> membantu pengeluaran susu ibu yang lebih banyak
> mengumpul stok EBM bagi ibu ibu bekerja



Bagi ibu ibu bekerjaya, teknik ini paling sesuai dimulakan sejak dalam tempoh berpantang kerana ketika tempoh tersebut, saat mengepam adalah limited disebabkan kita seharian bersama bayi yang menyusu kan. Namun, Tandem Pumping ini harus diteruskan setelah masuk kerja dimana kita lakukan setelah berada di rumah pada waktu malam.


Memang Tandem Pumping ini agak sukar buat pertama kali kerana kita perlu  handle dua payudara serentak antara bayi dan breastpum. Tapi saya ada tips menarik dan mudah untuk ibu ibu laksanakan Tandem Pumping ini. Saya namakan Tips Manis bertandem pumping.. Manis ke? hihi.. yg dah buat selami dia tahu.. semanisss kurma gitu! ;)



Tips MANIS bertandem pumping ;)


1.       Ibu duduk bersandar dalam keadaan selesa

2.      Lunjurkan kaki kedepan

3.      Letak bantal untuk support baby (pilih samada anda selesa baby disebelah tangan kanan atau kiri)

4.      Jika anda memilih baby menyusu sebelah kanan, pegang pam di sebelah tangan kiri anda dan begitu sebaliknya

5.      Sambil baby menyusu dan mengepam tu, tenung wajah baby anda (method ini dipanggil grooming) lihatla betapa COMEL nya baby anda. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu..senyumlah sambil mengusap2 ubun kepalanya sambil berzikir Nama Allah, Ya Mattinn.


6.      Seronoknya teknik ini apabila anda dapat melihat mana satu yg berhenti/selesai dahulu samada baby anda kenyang (berhenti menyusu) atau botol pum yg penuh dulu.. anda akan rasa sangat menarik berlumba macamtue dengan si manja..

7.      Rilex dan berfikiran positif


Selamat mencuba!!



Amalkan selalu kaedah ini, insyaallah lama lama tandem pumping anda akan menjadi mudah..& ianya membantu penghasilan susu yg banyak! (lihat hasil tandem pumping saya)  Alah bisa tegal biasakan ;)



Pastikan badan ibu ibu sihat makan makanan penuh nutrisi untuk hasilkan susu ibu ISTIMEWA BERNUTRISI untuk si comel anda hokey!


Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu Sunnah..







*Ingin dapatkan supplement terbaik untuk penyusuan bersama tips EKSLUSIF lain boleh direct telegram/wassap/sms saya mazyrah di 019-622 6851. Consultasi PERCUMA dari saya untuk setiap pembelian anda. 

*Anda juga boleh membuat pembelian secara online system dengan saya. Klik Nak Supplement Paling Baik untuk Penyusuan Susu Ibu cadangan dari Pakar Penyusuan ;)



Mazyrah
BF Support
BF Supplement Dealer
019-622 6851


"Kepakaran saya dalam membantu ibu ibu bekerjaya menyusukan bayi secara ekslusif sekurang kurangnya selama 6 bulan" mazyrah



No comments:

Post a Comment