"Tandem Pumping Teknik Mudah Rangsang Susu Ibu Banyak"
Assalamualaikum..Selamat petang yer ibu ibu yang saya sanjungi sekalian.. Dah lama kan saya tak update blog ohhibu ini.. Ni baru berkesempatan jenguk balik blog yang dah mula bersarang.. taknakla bersarang lama2 kan.. tips banyak sangat nak dikongsi sebenarnya untuk ibu ibu.. tapi masa yang xberapa mengizinkan.. sebut pasal masa ni, okey2, kita terus berbalik pada sharing saya kali ini, xmahu berceloteh panjang, hihi..berkenaan Tips Berkesan Jayakan Tandem Pumping.
Ramai yang merungut, “susu tak banyak la,” “tak
sempat nak pam la..”, “dekat rumah tak sempat nak pam langsung”, “baby malam2
bangun lagi la tak sempat pam”.. Haaa… & macam2 lagi la kan..hihi.. tapi
tahukan ibu ibu yang sebenarnya kita boleh pam bersama susukan bayi dalam masa
yg sama yg dinamakan tandem pumping?? Haa.. meh saya nk kongsi pada yg belum
tahu dan nak tahu.. tapi sebelum tu, tahukah ibu ibu apa itu Tandem Pumping?? Bagi
ibu yang pernah buat Tandem Pumping ni mestila dah tau kan..Tapi konsisten tak
buat? Tahu tak apa cara mudah untuk buat Tandem Pumping ni? Hihi
Kalau nak tahu.. Tandem Pumping ini
sebenarnya adalah satu kaedah dimana si ibu menyusukan bayi sambil mengepam. Bermaksud
sebelah payudara menyusu bayi, sebelah payudara lagi mengepam dengan breastpum
(tak kisahla pam manual or elektrik pum).
Gambaran Tandem Pamping - Menyusu bayi dan mengepam secara serentak
Tujuan Tandem Pumping adalah untuk:
> mengelak pembaziran susu yang turut
keluar akibat dari ransangan bayi menyusu sebelah payudara
> merangsang konsep supply & demand pada penghasilan susu badan ibu
> membantu pengeluaran susu ibu yang lebih banyak
> merangsang konsep supply & demand pada penghasilan susu badan ibu
> membantu pengeluaran susu ibu yang lebih banyak
> mengumpul stok EBM bagi ibu ibu
bekerja
Bagi ibu ibu bekerjaya, teknik ini paling
sesuai dimulakan sejak dalam tempoh berpantang kerana ketika tempoh tersebut,
saat mengepam adalah limited disebabkan kita seharian bersama bayi yang menyusu
kan. Namun, Tandem Pumping ini harus diteruskan setelah masuk kerja dimana
kita lakukan setelah berada di rumah pada waktu malam.
Memang
Tandem Pumping ini agak sukar buat pertama kali kerana kita perlu handle dua payudara serentak antara bayi dan
breastpum. Tapi saya ada tips menarik dan mudah untuk ibu ibu laksanakan Tandem
Pumping ini. Saya namakan Tips Manis bertandem pumping.. Manis ke? hihi.. yg dah buat selami dia tahu.. semanisss kurma gitu! ;)
Tips MANIS bertandem pumping ;)
1.
Ibu duduk bersandar dalam keadaan selesa
2.
Lunjurkan kaki kedepan
3.
Letak bantal untuk support baby (pilih samada
anda selesa baby disebelah tangan kanan atau kiri)
4.
Jika anda memilih baby menyusu sebelah kanan,
pegang pam di sebelah tangan kiri anda dan begitu sebaliknya
5.
Sambil baby menyusu dan mengepam tu, tenung
wajah baby anda (method ini dipanggil grooming) lihatla betapa COMEL nya baby
anda. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk
mengeluarkan lebih banyak susu..senyumlah sambil mengusap2 ubun kepalanya sambil
berzikir Nama Allah, Ya Mattinn.
6.
Seronoknya teknik ini apabila anda dapat melihat mana satu yg
berhenti/selesai dahulu samada baby anda kenyang (berhenti menyusu) atau botol
pum yg penuh dulu.. anda akan rasa sangat menarik berlumba macamtue dengan si manja..
7.
Rilex dan berfikiran positif
Selamat mencuba!!
Amalkan selalu kaedah ini, insyaallah lama lama tandem pumping anda akan menjadi mudah..& ianya membantu penghasilan susu yg banyak! (lihat hasil tandem pumping saya) Alah bisa tegal biasakan ;)
Amalkan selalu kaedah ini, insyaallah lama lama tandem pumping anda akan menjadi mudah..& ianya membantu penghasilan susu yg banyak! (lihat hasil tandem pumping saya) Alah bisa tegal biasakan ;)
Pastikan badan ibu ibu sihat makan makanan
penuh nutrisi untuk hasilkan susu ibu ISTIMEWA BERNUTRISI untuk si comel anda hokey!
Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu
Sunnah..
*Ingin dapatkan supplement terbaik untuk penyusuan bersama tips EKSLUSIF lain boleh direct telegram/wassap/sms saya mazyrah di 019-622 6851. Consultasi PERCUMA dari saya untuk setiap pembelian anda.
*Anda juga boleh membuat pembelian secara online system dengan saya. Klik Nak Supplement Paling Baik untuk Penyusuan Susu Ibu cadangan dari Pakar Penyusuan ;)
Mazyrah
BF Support
BF Supplement Dealer
019-622 6851
"Kepakaran saya dalam membantu ibu ibu bekerjaya menyusukan bayi secara ekslusif sekurang kurangnya selama 6 bulan" - mazyrah
019-622 6851
"Kepakaran saya dalam membantu ibu ibu bekerjaya menyusukan bayi secara ekslusif sekurang kurangnya selama 6 bulan" - mazyrah
No comments:
Post a Comment