7 Triks Atasi Letih Lesu bagi Ibu Hamil & Ibu Menyusu


Assalamualaikum Mommies.. 

Sedikit perkongsian daripada FB Page 'Cara Mudah Atasi Letih Lesu ibu Hamil & Ibu Menyusu' yang kami sediakan..

Antara 7 triks yang boleh anda mommies yang sedang hamil dan yang sedang menyusukan bayi itu gunakan untuk membantu mengurangkan keadaan letih dan lesu badan. Memang dalam situasi anda yang hamil dan menyusu memang letih dan lesu tidak dapat dielak. Bagaimanapun, anda boleh mencuba trik-trik ini sebagai langkah untuk membantu meningkatkan energy tenaga badan anda..

Kita taknak la letih dan lesu seperti gambar di bawah kan.. letih lesu akan membawa kepada bermuram durja..oooppss.. nauzubillah ^_^ \/






7 Triks Atasi Letih Lesu bagi Ibu Hamil & Ibu Menyusu



1-Minum Banyak Air Kosong. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan dehidrasi dan badan menjadi kering. letih dan lemah.

2-Sedut banyak oksigen masuk ke dalam peparu badan- untuk tujuan ini, anda boleh amalkan senaman ringan ibu mengandung contohnya seperti yoga. Senaman dapat meningkatkan kadar kecergasan kardiovaskular anda dan membenarkan rasa rilex pada diri.

3-Buang fokus fikiran anda pada perkataan 'letih dan lesu'.. bila anda telah cetuskan perkataan itu dalam minda anda, secara langsung akan menggerakan sel badan anda untuk bertindak seperti diarahkan oleh pikiran anda itu..bila anda fikir anda letih dan lesu, maka badan anda memang akan menjadi letih dan lesu.

4-Fikirkan dengan sepenuh hati bahawasanya anda Cergas dan bersemangat untuk menerima kehadiran bayi dalam kandungan. Beberapa persediaan perlu dibuat. Bagi ibu menyusu pula, anda perlu fokuskan fikiran dalam keadaan dimana anda sangat bersemangat dan bertuah dalam usaha untuk mengekalkan penyusuan bayi anda secara ekslusif.

5. Amalkan pemakanan yang kaya dengan sumber zat besi. Zat besi membantu anda dalam meningkatkan kualiti oksigen dalam darah. Sumber zat besi lazim contohnya sumber daripada ayam, daging, ikan, kekacang dan bayam. Untuk kesan zat besi yang berkesan dan pantas, anda disarankan mengambil multivitamin vitalea yg kaya dengan zat besi semulajadi.

6. Berehat. Trik ini dapat membantu anda merehatkan diri anda daripada keadaan letih dan lesu itu. Ambillah masa sekurang-kurangnya 15 minit memadai untuk rehatkan badan dengan cara tidur sebentar. Tetapi diingat, tidak perlu tidur terlalu lama di waktu siang hari kerana ianya akan lagi menambahkan letih dan lesu badan.

7. Elakkan stess dan tekanan dengan berfikiran positif dan bayangkan perkara yang baik-baik yang bakal anda dapat selesai sahaja fasa hamil dan penyusuan ekslusif 2 tahun itu. Fikiran yang positif akan meningkatkan cas-cas tenaga kepada badan dan diri anda.
.
Selamat beramal!
*gambar: Energytic Pregnancy Workout





Salam Energetic, 

Coach Mazyrah
011-39574049

Air Dapat Perbanyakkan Susu Dan Slimkan Badan Ibu Yang Menyusu?


Assalamualaikum Mommies.. 




Tahu tak mommies.. bahawa air yang mencukupi keperluan badan, dapat perbanyakkan susu dan 
slimkan badan ibu yang menyusu?

Ya..Kuasa air!

Bagi ibu menyusu..

  • Minum air yang cukup dapat menggantikan kandungan air yang hilang akibat menyusu..
  • Minum air yang cukup dapat memperbanyakkan kuantiti air susu ibu..
  • Minum air yang cukup dapat membantu ibu menyahtoksin dan lemak-lemak dalam badan..


Begitu mudah dan sangat simple sahaja bukan?

Kiranya mommies dapat 3 dalam 1 gitew! :) 

Minum la air lebih 3 liter sehari, atau dalam kiraan 14 gelas sehari.

Ingat air putih ye, atau ada yang panggil air masak atau air kosong. Bukan air manis ya! ;)
(kalau tak 'lalu' minum air putih, anda boleh letak lemon atau mint dalam air tersebut, lagi best bau!)


Senang ke senang?

Hemm..yang itu anda perlu jawab sendiri..

Yang penting jangan tahu sahaja, tapi anda buat atau tidak kan..

Berapa gelas sudah anda minum air pada saat ini? ^_^ cuba try cek..

Selamat beramal. 

*petua minum air mencukupi ini bukan hanya untuk mommies  menyusu sahaja ye. tetapi juga untuk sesiapa yang dalam proses menurunkan berat badan.

Penyusuan itu Sunnah, Indah dan Mudah!




Coach Mazyrah
Coach Penyusuan
BF Support‬



***
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat bagaimana 'memperkayakan' susu ibu dengan mendapat kondusi diri ibu sihat slim dan elegant, boleh terus Whatsapp mazyrah di 011-39574049.

Boleh join Projek Penyusuan Ekslusif untuk bayi kesayangan anda bersama Coach Mazyrah. 011.3957.4049.

200-500 Kalori Ibu Terbakar Dalam Sehari Akibat Menyusu?


Assalamualaikum Mommies.. 


Tahu tak mommies, bahawa anda adalah sangat bertuah sekiranya anda menyusukan bayi?

Kenapa saya katakan begitu? Ye.. Kajian menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih daripada 6 bulan, berat badannya akan menurun! 

Wow..bestkan bg semua ibu menyusu! Memang bertuah kan ;)

Senang senang sahaja nak bakar kalori..xperlu bermandian peluh sangat pun kan..puratanya, sebanyak 200-500 kalori ibu menyusu akan terbakar bagi setiap hari.

Sebab tulah para ibu yg melahirkan dan menyusukan baby nya akan kembali ke berat asal seperti sebelum mengandung malah ada yg lebih slim drpd masa anak daranya..woww best kan!

Hahaa..tu antara petua kurus secara alami dan masih relevan sehingga sekarang bg ibu yg nekad menyusukan bayinya secara eksklusif..

Amalan menyusu bayi sekurang2nya dua tahun membantu badan ibu slim..Takdelah badan tu macam org selalu kata "tong dram" & seumpamanya..ooppsss! glasses emoticon

Walau bagaimanapun, ada jugak antara ibu yang menyusu, tetapi berat badannya tak turun pun, malah berat lagi bertambah!.. Jangan terkejut..perkara ini memang terjadi dan ada beberapa mommies jugak yang bertanya pada saya kenapa hal ini berlaku..secara langsung menyebabkan mereka memutuskan niat untuk terus menyusukan bayi sendiri! hemmm..(nauzubillah).*nantikan jawapan saya untuk hal ini..

*Sesungguhnya Penyusuan itu Sunnah,.. Indah dan ianya Mudah!


‪Coach Mazyrah

Coach Penyusuan
BF Support‬



***
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat bagaimana 'memperkayakan' susu ibu dengan mendapat kondusi diri ibu sihat slim dan elegant, boleh terus Whatsapp mazyrah di 011-39574049.

Boleh join Projek Penyusuan Ekslusif untuk bayi kesayangan anda bersama Coach Mazyrah. 011.3957.4049.

Tatap Wajah Anak Ransang Susu Ibu?


Assalamualaikum Mommies..





Tahu tak mommies semua yang dengan menatap wajah anak anda ketika menyusu atau mengepam dapat merangsang penghasilan susu ibu?

Ya, perkara ini adalah benar-benar terjadi oleh kerana pengeluaran hormon oxytocin akibat daripada perasaan cinta dan kasih sayang anda terhadap anak anda itu.

*Hormon oxytocin atau juga dipanggil hormon cinta adalah hormon yang berkait rapat dengan wanita dalam membantu wanita ketika proses melahirkan dan menyusukan.

Semakin tinggi hormon oxytocin ini yang secara langsung membawa kepada rasa bahagia si ibu, maka semakin tinggilah kecenderungan badan mommies untuk menghasilkan susu pada ketika itu.

Jadi.. mommies sekalian, ketika proses directfeeding atau pumping, tataplah wajah anak anda ye! Mesti akan buat anda tersenyum bukan? (Senyumlah sampai ke telinga kalau boleh..hihi)
Jika anak tiada di depan mata, gambar mesti adakan dalam kamera henfon tu..ha, tataplah dengan penuh kasih sayang, naluri keibuan anda.

Selain itu, nak tambahkan rasa bahagia dan release emosi, ketika mengepam mommies juga boleh recall balik kenangan manis dan bahagia dengan orang yang tersayang, berbual perkara yang membuatkan anda tersenyum ceria, call orang tersayang ke seperti suami, ibu, ayah, adik beradik atau kawan yang membahagiakan!

Pasti saat mengepam anda, susu akan mencurah curah keluar dengan bahagianya :)

Dah tau caranya sekarang?
(Inilah salah satu cara dan sebab kenapa stok ebm saya lebih 3 bulan..Alhamdulillah ^_^ )

Mudahkan merangsang penghasilan susu ibu bila kita dah tau caranya bukan?

Selamat mempraktis!



Sesungguhnya Penyusuan itu Sunnah dan ianya Mudah!

Coach Mazyrah

Coach Penyusuan
BF Support


***
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat bagaimana 'memperkayakan' susu ibu dengan mendapat kondusi diri ibu sihat slim dan elegant, boleh terus Whatsapp mazyrah di 011-39574049.

Boleh join Projek Penyusuan Ekslusif untuk bayi kesayangan anda bersama Coach Mazyrah. 011.3957.4049.

Pengalaman Menyusu Tiga Putera Kesayangan Saya


Benarlah kata-kata orang berpengalaman, menyusukan sendiri anak adalah paling nikmat dan bermakna untuk setiap diri yang bergelar ibu. Hati ibu mana yang tak tersentuh bila dapat memberi minum susu daripada badannya sendiri sejurus selepas melahirkan. Teorinya, susu ibu pada awal selepas melahirkan penuh dengan kolustrum yang kaya dengan antibodi yang baik untuk bayi. Praktikalnya memang ya. Payah untuk badan si bayi diserang penyakit pada awal usia sebulan mahupun sehingga hampir dua tahun penyusuan tersebut.


Kisah saya mengenai penyusuan memang berkait rapat dengan teori dan praktikalnya. Putera sulung yang memang saya nanti-nantikan selepas hampir tiga tahun berkahwin memang dinekad untuk disusui dengan susu ibu ini. Walaupun berkahwin pada usia yang agak muda 23 tahun ketika itu masih sebagai pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) selepas UKM, namun diberi rezeki anak pada usia 26 tahun. Namun dalam tempoh itu, banyak teori yang saya gali dan baca. Teori penyusuan adalah berkait rapat dengan konsep ‘Supply and Demand’. Ya, ianya adalah bertitik noktah dengan konsep itu. Walaupun pada dasarnya tidak langsung saya tahu akan konsep itu melainkan pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan 2 mungkin taksalah saya, ada sedikit bab perniagaan mengenai konsep ini. Di mana dan selagi adanya permintaan, selagi itulah ‘produk’ akan dihasilkan!


Hemm.. teori hanya teori yang hanya dapat difahami di benak fikiran sehinggalah saya terjun sendiri dalam dunia keibuan. Saat pertama melahirkan Putera pertama Aryan Mahdi, memang mengujakan untuk memberi minum susu badan sendiri. Di kala itu, memang suami, ibubapa bahkan nenek memberi sokongan untuk beri minum susu ibu. Di ajar cara-cara posisi menyusukan bayi dengan betul. Teknik memegang bayi ketika menyusu dan sebagainya. Menjadikan saya sangat terharu untuk meneruskan menyusuan walaupun pada hakikatnya pertama kalinya agak sukar dan ‘lenguh tangan’ memangku bayi untuk disusui lama. Namun atas paksi alah bias tegal biasa dan atas nikmat tumpahnya susu ke mulut bayi dan pabila bunyi ‘burpp’ keluar dari mulut si comel, amatlah tak terhingga ungkapan syukur atas nikmat Allah kurniakan!


Aryan Mahdi, 2.97kg, 16 Rabiul'awal 1432H


Dorongan terganggu seketika dek ada kata-kata penghasut untuk diberi campur anak kecil itu dengan susu formula moga senang apabila masuk kerja selapas berpantang dan untuk menjaga badan ibu supaya maintain dan tidak letih akibat menyusukan. Memang terpana! “Hendak di campurkan ke? Apakah tidak layak hanya susuku di dalam perut bayiku?”..  Namun saya dekat terus dan terus menyusukan Aryan sepenuhnya susu ibu. Rasa nikmat dan rasa puas sebagai ibu itu ada. Alhamdulillah.


Dugaan seperti dikata memang terjadi dan saya tempuhi ketika masuk bekerja. Ketika itu saya bekerja sebagai jurutera sistem di sebuah kilang besar di Muar. Walaupun kilangnya besar, namun mentaliti pekerja masih ada yang tidak tahu hakikat penyusuan susu ibu. Saya di kelilingi oleh jurutera-jurutera lelaki berbangsa cina ketika itu dan boss pun ketika itu perempuan berbangsa cina namun masih belum berkahwin. Hanya dua orang sahabat perempuan berbangsa melayu. Tiada support dari kawan sekerja sekeliling. Situasi dan corak masa di kilang itu sangat strike dan even no internet surfing, no facebook! Memang tiada masa walaupun untuk ‘lari’ bagi sesi mengepam. Dan di surau (tempat mengepam) memang tiada ‘kawan seangkatan’ yang sama-sama mengepam. Saya hanya saya yang tegar mengikuti jadual mengepam saya sendiri. No bf member!


Farees Nawfal, 3.30kg, 11 Ramadhan 1433H



Masa berubah. Keadaan pun berubah. Situasi sekarang pun berubah. Pengalaman demi pengalaman dalam dunia penyusuan memang pernah dirasa. Masalah dalam penyusuan yang sering ibu-ibu hadapi itu jugak saya pernah tempuhi dan hadap dengan jalan penyelesaian. Masalah susu kurang/sedikit, susu kurang pekat, anak tidak kenyang dengan susu badan ibu, power pumping, emosi yang menganggu produktiviti susu, tidak sempat pam, kerja out-station selalu tidak sempat pam, badan ibu letih, rambut gugur, kulit kusam dan sebagainya yang boleh dijadikan alasan malah menyumbang kepada faktor untuk tidak teruskan penyusuan.


Nur Muhammad, 3.09kg, 12 Zulhijjah 1435H



"Janganlah engkau menyusui anak bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiudplah seorang makhluk yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya" - Petikan dari buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak(dipetik dari blog Naluri Ibu Corner)



Bagi menjayakan penyusuan selain niat yang kuat, yes! support memang wajib ada. Mungkin dari situ masalah-masalah penyusuan ibu dapat di bantu. Ibu – ibu menyusu sekarang tidak keseorangan lagi. Ramai yang telah sedar akan faedah penyusuan kepada si anak dan si ibu. Sekiranya masih ada ibu yang perlukan bimbingan penyusuan dan mencari solusi memeriahkan susu ibu dalam masa yang sama kekal sihat, slim, elegent terutamanya di  mata suami, anda amatlah di alu-alukan untuk menyertai Projek S.E.K.S.I bersama saya di bawah kelolaan Team YMS.



Dengan izin Allah, saya akan sama-sama membantu anda menerokai ilmu-ilmu hakiki dan ilmu baru penyusuan yang bakal dirungkai menerusi program ini bagi menjayakan penyusuan dalam kondusi diri ibu menjadi lebih sihat, slim, elegent kesan susu ibu (s.e.k.s.i)



Selamat meneruskan penyusuan dengan penuh gaya dan hati gembira ^_^


Sesungguhnya Penyusuan itu Sunnah dan ianya Mudah!

Coach Mazyrah


Coach Penyusuan
BF Support


***
Boleh join Projek Penyusuan Ekslusif untuk bayi kesayangan anda bersama Coach Mazyrah. 011.3957.4049.



11 TIPS BANYAKKAN SUSU IBU PERLU AMALKAN

Assalamualaikum.. banyak yang bertanya2 pasal nk tambahkan susu badan kan.. Saya asyik tertangguh-tangguh nk postkan entri ini pasal tips banyakkan susu.. apa yg paling penting ibu ibu kena ingat dan 'pegang kuat kuat' konsep Suply-Demand tu..selagi kerap kita 'kosongkan' payudara, semakin tinggila pengeluaran kilang prolaktin kita.. meh baca coretan cerita & tips kat bawah ini" 

***

Ingin saya kongsikan sedikit tips berkesan bagi menjayakan penyusuan bagi ibu2 dari tempoh berpantang lagi. Dalam tempoh berpantang inilah bermulanya perjalanan penyusuan untuk anak-anak syurga kita. Bagi ibu bekerjaya yang ingin menjayakan penyusuan ekslusif walaupun bekerja, tempoh berpantang adalah paling sesuai untuk mengumpul stok EBM anda.. Insyaallah dengan usaha yg konsisten diharapkan rezeki anak kita untuk mendapat susu ibu berjaya dilaksanakan dari awal kelahiran.. Mari saya sharekan tips2 yg boleh diamalkan utk ibu2 berpantang atau lebih mesra disapa ramai sebagai mak tang kan ;) Saya telah mencuba tips2 ini dari anak pertama hinggalah sekarang anak ke3 sekarang ni.. ini tips nya ibu2 mak tang2 comel sekalian. tak sangka blog Naluri Ibu dah pun mencoretkan nya.. ianya juga menjadi inspirasi saya setiap masa agar sentiasa konsisten dgn tips-tips ini.. Ni saya copy paste & kongsikan pulak di sini..


1. Minum Banyak Air

Haa nie mommy nak cerita ye. Air merupakan tips penyusuan yang paling utama untuk menjayakan misi penyusuan. Ibu-ibu comel sekelian.. Pengambilan air putih yang cukup sangat-sangat memainkan peranan dalam proses menjayakan penyusuan. Ibu-ibu dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 3liter atau 14 cawan sehari air putih. Erm ramai yang mengadu kat mommy.. "Kak.. saya ni susah betul laa nak minum air putih. Kalau minum boleh rasa nak termuntah tau" Haa tu dia punya laa payah nak minum sampai boleh rasa nak muntah..

Ok meh sini mommy nak story sikit.. Mommy ade tips nak menjayakan misi untuk minum air putih ni lebih mudah dan sedap. Cuba anda hiris beberapa hirisan lemon atau limau dan masuk kan ke dalam air putih tersebut. Sure lepas ni kalian menjadi ketagih untuk minum air putih. Tak percaya tak apa.. Buat aja.. :)

Atau boleh klik di sini untuk dapatkan rahsia air putih yang sedap.
Tetiba I Pun Terliur Tengok

2. Kekerapan Menyusu atau Mengepam

Haa yang ni rasa nya bukan lagi rahsia bukan. Semua pun tahu bahawa faktor utama penyusuan adalah "demand and supply" Kekerapan penyusuan atau pum juga merupakan Tips yang sangat penting dalam menjayakan misi penyusuan.

Ibu-ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sekurang-kurangnya 3 jam sehari pada waktu siang. Bagi ibu-ibu yang berkerjaya.., dinasihatkan juga untuk mengepam susu setriap 3 jam sekali. Ada yang tanya dengan mommy.., " Kak anak saya kalau tidur tak sedar sedar.., kadang-kadang sampai 4-5 jam tidur tak bangun-bangun" (haa penangan ESP laa tu kan) hahahhaa. Ok Bagi anak yang tidur terlalu lena.., dinasihatkan untuk ibu-ibu kejutkan mereka menyusu. Pastikan sekurang-kurangnya tiga jam sekali ibu harus menyusukan bayi atau pum.

Ingat ye ibu-ibu sekelian.. semakin kerap anda kosongkan payudara.. maka semakin banyak susu dapat dihasilkan. Kerapkan sesi perahan susu pada sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Hal ini kerana, pada waktu ini hormon prolaktin banyak dihasilkan.

3. Jangan Tungguh Sampai Lencun

Satu lagi situasi yang menghalang proses menjayakan penyusuan ini ialah apabila ada sesetengah ibu yang suka menunggu sehingga payudara penuh dan adakalanya sehingga lencun baru hendak menyusukan bayi.. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

4. Tatap Dan Renunglah Wajah Bayi Mu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa waktu henda mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat juga berzikir Ya Mattin. Bagi ibu ibu muslim juga boleh cuba amalkan doa dan amalan penyusuan semasa menyusukan manja anda.

5. Tandem Pumping

Tandem Pumping ini maksudnya kita menyusukan bayi dan dalam masa yang sama kita pum susu. Saya hanya menggunakan pum susu manual. Dan saya berjaya lakukannya. So anda juga sepatutnya tiada maslah. Saya suka berlumba dengan baby.. Sama ada baby kenyang dulu atau pum penuh dahulu. Cuba lakukan ye ibu ibu sekelian. Ianya menyeronokkan dan mudah sahaja susu tersebut terhasil akibat dari kesan relax n minda yang positif.. :)

6. Marmet

Ini salah satu lagi teknik yang saya sendiri amalkan semasa bekerja dahulu. Selalu nya selepas mengepam susu. Saya akan meransang kembali nipple dan mulakan teknik Marmet. Proses perahan susu melalui tangan ini amat menakjubkan ye ibu-ibu.

Tahukah ibu-ibu dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpulkan, akan tetapi dengan teknik Marmet selepas mengepam susu, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan pula. Ketahuilah yang ianya sangat membantu dalam menjayakan proses penyusuan. Kalau dengan menggunakan pump kita boleh dapat 3.5oz sebelah payudara, tetapi dengan marmet boleh menambah susu perahan menjadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza ye ibu-ibu sekelian.

7. Menyusu atau Mengepam Lebih Lama

Jangan sesekali menghadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di sebelah lagi payudara. Ini akan memberikan peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori yang cukup untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah hasilnya InsyaAllah. :)
Pengalaman Menyusu Adalah Nikmat Yang Tidak Ternilai

8. Disiplin 

Apa punyang kita buat.. tak kira apa jenis pekerjaan pun Displin ada lah kunci utama untuk berjaya. Begitulah dengan Tips Menjayakan Penyusuan. Displin merupakan satu perkara penting yang tidak boleh diambil mudah. Ibu-ibu harus berdisplin memerah susu. Terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya. Jangan sesekali cuba atau mencuba-cuba untuk "Ponteng" Sesi pemerahan susu. Kebiasaannya hal ini terjadi pada ibu-ibu bekerjaya adalah pada hujung minggu. Hahahaha.. cakap bedasarkanpengalaman. Ye saya dulu semasa bekerja.. Memang agak culas mengepam dihujung minggu. Sebenarnya hujung minggu adalah merupakan masa yang paling ideal untuk membuat stok. Sila gunakan Tips No 6 dan 7 untuk Menjayakan penyusuan.

9. Penyusuan Malam  

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Makan Penggalak Susu
Makanan Penggalak susu ini sebenarnya adalah untuk memperbanyakkan susu ataupun dalam erti lain 'memperkayakan' kandungan susu ibu. Di sini kena sedar yg apa yg ibu makan akan sampai ke anak.. Acap kali dengar kan? Maka nya, pertama sekali makan makanan berkarbohidrat macam roti, gandum, nasi, makan cheese.. semua tu adalah makanan berkalori dan kenyang. Jangan skip makanan macam ni. makan  je, jangan takot gemok selagi kita menyusu baby..& nak 'memperkayakan' kandungan susu, ambik makanan yang kaya dengan vitamin c, asid folik, kalsium, DHA.. semua itu akan diserap bayi & untuk perkembangan fizikal dan otak bayi kita. Saya akuai xmampu nak menyediakan kesemua nutrisi penting dalam menu seharian saya, oleh sebab itulah, saya mengambil supplement tambahan, yang sekali gap, telan ja, dah lengkap nutrisi sampai ke anakku.hihi.. mudah je, tapi hasilnya kebabom, alhamdulillah :)..nak supplement macam saya? boleh klik untuk order supplement penggalak susu ni ye.


Salam sayang,
Coach Mazyrah
BF Support


~Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu Sunnah & ianya Mudah!

Tips Nak Dapatkan BABY BOY dan BABY GIRL


Assalamualaikum semua readers.. especially ibu ibu yg membaca.. harini saya ada buat sharing sedikit dekat group ibu ibu.. lady’s secret group only.. hemm myb ada tersesat ayah2 orang dalam tu kot saya pun pasti..hihi ;) tapi tu bukan isu saya nak tulis petang2 ni.. saya nak share skit ilmu yang saya peroleh hasil daripada bertanya MACAMANA NAK DAPATKAN BABY BOY ATAU BABY GIRL? MACAMANE NAK PLAN TENTUKAN JANTINA BAYI? hemm sapa yang tak tanya tu memang rugi bebenor la ye.. patutla kata bidalan “malu bertanya sesat jalan” ;)


Gambar ihsan Google



Alkisah sebabnya saya nak jugak tahu macamane nak dapatkan baby gurl since dah ada 3 putera hero sangat sangat ni kan.. Aryan, Farees, Muhammad.. saya banyak bertanya pada yang dah lama dalam dunia Keibuan ni. Orang terdekat saya rujuk adalah my sister-in-law, pharmacist yang beranak 8. Memang banyak pengalaman selok beluk dunia bersalin ni dia insyaallah tau dan berkongsi jugak dengan saya. Malah saya jugak bertanya pada kawan kawan2 lain yang memang pandai dan pakar ni..