11 TIPS BANYAKKAN SUSU IBU PERLU AMALKAN

Assalamualaikum.. banyak yang bertanya2 pasal nk tambahkan susu badan kan.. Saya asyik tertangguh-tangguh nk postkan entri ini pasal tips banyakkan susu.. apa yg paling penting ibu ibu kena ingat dan 'pegang kuat kuat' konsep Suply-Demand tu..selagi kerap kita 'kosongkan' payudara, semakin tinggila pengeluaran kilang prolaktin kita.. meh baca coretan cerita & tips kat bawah ini" 

***

Ingin saya kongsikan sedikit tips berkesan bagi menjayakan penyusuan bagi ibu2 dari tempoh berpantang lagi. Dalam tempoh berpantang inilah bermulanya perjalanan penyusuan untuk anak-anak syurga kita. Bagi ibu bekerjaya yang ingin menjayakan penyusuan ekslusif walaupun bekerja, tempoh berpantang adalah paling sesuai untuk mengumpul stok EBM anda.. Insyaallah dengan usaha yg konsisten diharapkan rezeki anak kita untuk mendapat susu ibu berjaya dilaksanakan dari awal kelahiran.. Mari saya sharekan tips2 yg boleh diamalkan utk ibu2 berpantang atau lebih mesra disapa ramai sebagai mak tang kan ;) Saya telah mencuba tips2 ini dari anak pertama hinggalah sekarang anak ke3 sekarang ni.. ini tips nya ibu2 mak tang2 comel sekalian. tak sangka blog Naluri Ibu dah pun mencoretkan nya.. ianya juga menjadi inspirasi saya setiap masa agar sentiasa konsisten dgn tips-tips ini.. Ni saya copy paste & kongsikan pulak di sini..


1. Minum Banyak Air

Haa nie mommy nak cerita ye. Air merupakan tips penyusuan yang paling utama untuk menjayakan misi penyusuan. Ibu-ibu comel sekelian.. Pengambilan air putih yang cukup sangat-sangat memainkan peranan dalam proses menjayakan penyusuan. Ibu-ibu dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 3liter atau 14 cawan sehari air putih. Erm ramai yang mengadu kat mommy.. "Kak.. saya ni susah betul laa nak minum air putih. Kalau minum boleh rasa nak termuntah tau" Haa tu dia punya laa payah nak minum sampai boleh rasa nak muntah..

Ok meh sini mommy nak story sikit.. Mommy ade tips nak menjayakan misi untuk minum air putih ni lebih mudah dan sedap. Cuba anda hiris beberapa hirisan lemon atau limau dan masuk kan ke dalam air putih tersebut. Sure lepas ni kalian menjadi ketagih untuk minum air putih. Tak percaya tak apa.. Buat aja.. :)

Atau boleh klik di sini untuk dapatkan rahsia air putih yang sedap.
Tetiba I Pun Terliur Tengok

2. Kekerapan Menyusu atau Mengepam

Haa yang ni rasa nya bukan lagi rahsia bukan. Semua pun tahu bahawa faktor utama penyusuan adalah "demand and supply" Kekerapan penyusuan atau pum juga merupakan Tips yang sangat penting dalam menjayakan misi penyusuan.

Ibu-ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sekurang-kurangnya 3 jam sehari pada waktu siang. Bagi ibu-ibu yang berkerjaya.., dinasihatkan juga untuk mengepam susu setriap 3 jam sekali. Ada yang tanya dengan mommy.., " Kak anak saya kalau tidur tak sedar sedar.., kadang-kadang sampai 4-5 jam tidur tak bangun-bangun" (haa penangan ESP laa tu kan) hahahhaa. Ok Bagi anak yang tidur terlalu lena.., dinasihatkan untuk ibu-ibu kejutkan mereka menyusu. Pastikan sekurang-kurangnya tiga jam sekali ibu harus menyusukan bayi atau pum.

Ingat ye ibu-ibu sekelian.. semakin kerap anda kosongkan payudara.. maka semakin banyak susu dapat dihasilkan. Kerapkan sesi perahan susu pada sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Hal ini kerana, pada waktu ini hormon prolaktin banyak dihasilkan.

3. Jangan Tungguh Sampai Lencun

Satu lagi situasi yang menghalang proses menjayakan penyusuan ini ialah apabila ada sesetengah ibu yang suka menunggu sehingga payudara penuh dan adakalanya sehingga lencun baru hendak menyusukan bayi.. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

4. Tatap Dan Renunglah Wajah Bayi Mu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa waktu henda mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat juga berzikir Ya Mattin. Bagi ibu ibu muslim juga boleh cuba amalkan doa dan amalan penyusuan semasa menyusukan manja anda.

5. Tandem Pumping

Tandem Pumping ini maksudnya kita menyusukan bayi dan dalam masa yang sama kita pum susu. Saya hanya menggunakan pum susu manual. Dan saya berjaya lakukannya. So anda juga sepatutnya tiada maslah. Saya suka berlumba dengan baby.. Sama ada baby kenyang dulu atau pum penuh dahulu. Cuba lakukan ye ibu ibu sekelian. Ianya menyeronokkan dan mudah sahaja susu tersebut terhasil akibat dari kesan relax n minda yang positif.. :)

6. Marmet

Ini salah satu lagi teknik yang saya sendiri amalkan semasa bekerja dahulu. Selalu nya selepas mengepam susu. Saya akan meransang kembali nipple dan mulakan teknik Marmet. Proses perahan susu melalui tangan ini amat menakjubkan ye ibu-ibu.

Tahukah ibu-ibu dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpulkan, akan tetapi dengan teknik Marmet selepas mengepam susu, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan pula. Ketahuilah yang ianya sangat membantu dalam menjayakan proses penyusuan. Kalau dengan menggunakan pump kita boleh dapat 3.5oz sebelah payudara, tetapi dengan marmet boleh menambah susu perahan menjadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza ye ibu-ibu sekelian.

7. Menyusu atau Mengepam Lebih Lama

Jangan sesekali menghadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di sebelah lagi payudara. Ini akan memberikan peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori yang cukup untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah hasilnya InsyaAllah. :)
Pengalaman Menyusu Adalah Nikmat Yang Tidak Ternilai

8. Disiplin 

Apa punyang kita buat.. tak kira apa jenis pekerjaan pun Displin ada lah kunci utama untuk berjaya. Begitulah dengan Tips Menjayakan Penyusuan. Displin merupakan satu perkara penting yang tidak boleh diambil mudah. Ibu-ibu harus berdisplin memerah susu. Terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya. Jangan sesekali cuba atau mencuba-cuba untuk "Ponteng" Sesi pemerahan susu. Kebiasaannya hal ini terjadi pada ibu-ibu bekerjaya adalah pada hujung minggu. Hahahaha.. cakap bedasarkanpengalaman. Ye saya dulu semasa bekerja.. Memang agak culas mengepam dihujung minggu. Sebenarnya hujung minggu adalah merupakan masa yang paling ideal untuk membuat stok. Sila gunakan Tips No 6 dan 7 untuk Menjayakan penyusuan.

9. Penyusuan Malam  

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Makan Penggalak Susu
Makanan Penggalak susu ini sebenarnya adalah untuk memperbanyakkan susu ataupun dalam erti lain 'memperkayakan' kandungan susu ibu. Di sini kena sedar yg apa yg ibu makan akan sampai ke anak.. Acap kali dengar kan? Maka nya, pertama sekali makan makanan berkarbohidrat macam roti, gandum, nasi, makan cheese.. semua tu adalah makanan berkalori dan kenyang. Jangan skip makanan macam ni. makan  je, jangan takot gemok selagi kita menyusu baby..& nak 'memperkayakan' kandungan susu, ambik makanan yang kaya dengan vitamin c, asid folik, kalsium, DHA.. semua itu akan diserap bayi & untuk perkembangan fizikal dan otak bayi kita. Saya akuai xmampu nak menyediakan kesemua nutrisi penting dalam menu seharian saya, oleh sebab itulah, saya mengambil supplement tambahan, yang sekali gap, telan ja, dah lengkap nutrisi sampai ke anakku.hihi.. mudah je, tapi hasilnya kebabom, alhamdulillah :)..nak supplement macam saya? boleh klik untuk order supplement penggalak susu ni ye.


Salam sayang,
Coach Mazyrah
BF Support


~Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu Sunnah & ianya Mudah!

1 comment:

  1. hai..menarik perkongsiannya..dpt susukan anak smpai 2 tahun memg bagus kan....sambil tu jika mak mak ade nak pasang penapis air ke /penapis udara di rumah..utk mudahkan wat susu anak atau nak air sejukkan...air tekan aje kan..bole pm la sy puan sue..sy agen cuckoo kl dan uruskan pemasangan ke seluruh malaysia..sabah srwak pun ade order melalui sy..sy uruskan order melalui onlinee jer...

    wsp 011-16930576/0133890558 (kingtop tu baru 69rm sebulan..air 3 suhu..)dan ade freegift menarik sy nk hadiahkan.wsp ajer ya sy akan bantu..tq

    ReplyDelete