7 Triks Atasi Letih Lesu bagi Ibu Hamil & Ibu Menyusu


Assalamualaikum Mommies.. 

Sedikit perkongsian daripada FB Page 'Cara Mudah Atasi Letih Lesu ibu Hamil & Ibu Menyusu' yang kami sediakan..

Antara 7 triks yang boleh anda mommies yang sedang hamil dan yang sedang menyusukan bayi itu gunakan untuk membantu mengurangkan keadaan letih dan lesu badan. Memang dalam situasi anda yang hamil dan menyusu memang letih dan lesu tidak dapat dielak. Bagaimanapun, anda boleh mencuba trik-trik ini sebagai langkah untuk membantu meningkatkan energy tenaga badan anda..

Kita taknak la letih dan lesu seperti gambar di bawah kan.. letih lesu akan membawa kepada bermuram durja..oooppss.. nauzubillah ^_^ \/






7 Triks Atasi Letih Lesu bagi Ibu Hamil & Ibu Menyusu



1-Minum Banyak Air Kosong. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan dehidrasi dan badan menjadi kering. letih dan lemah.

2-Sedut banyak oksigen masuk ke dalam peparu badan- untuk tujuan ini, anda boleh amalkan senaman ringan ibu mengandung contohnya seperti yoga. Senaman dapat meningkatkan kadar kecergasan kardiovaskular anda dan membenarkan rasa rilex pada diri.

3-Buang fokus fikiran anda pada perkataan 'letih dan lesu'.. bila anda telah cetuskan perkataan itu dalam minda anda, secara langsung akan menggerakan sel badan anda untuk bertindak seperti diarahkan oleh pikiran anda itu..bila anda fikir anda letih dan lesu, maka badan anda memang akan menjadi letih dan lesu.

4-Fikirkan dengan sepenuh hati bahawasanya anda Cergas dan bersemangat untuk menerima kehadiran bayi dalam kandungan. Beberapa persediaan perlu dibuat. Bagi ibu menyusu pula, anda perlu fokuskan fikiran dalam keadaan dimana anda sangat bersemangat dan bertuah dalam usaha untuk mengekalkan penyusuan bayi anda secara ekslusif.

5. Amalkan pemakanan yang kaya dengan sumber zat besi. Zat besi membantu anda dalam meningkatkan kualiti oksigen dalam darah. Sumber zat besi lazim contohnya sumber daripada ayam, daging, ikan, kekacang dan bayam. Untuk kesan zat besi yang berkesan dan pantas, anda disarankan mengambil multivitamin vitalea yg kaya dengan zat besi semulajadi.

6. Berehat. Trik ini dapat membantu anda merehatkan diri anda daripada keadaan letih dan lesu itu. Ambillah masa sekurang-kurangnya 15 minit memadai untuk rehatkan badan dengan cara tidur sebentar. Tetapi diingat, tidak perlu tidur terlalu lama di waktu siang hari kerana ianya akan lagi menambahkan letih dan lesu badan.

7. Elakkan stess dan tekanan dengan berfikiran positif dan bayangkan perkara yang baik-baik yang bakal anda dapat selesai sahaja fasa hamil dan penyusuan ekslusif 2 tahun itu. Fikiran yang positif akan meningkatkan cas-cas tenaga kepada badan dan diri anda.
.
Selamat beramal!
*gambar: Energytic Pregnancy Workout





Salam Energetic, 

Coach Mazyrah
011-39574049

No comments:

Post a Comment