Assalamualaikum Mommies..
Tahu tak mommies semua yang dengan menatap wajah anak anda ketika menyusu atau mengepam dapat merangsang penghasilan susu ibu?
Ya, perkara ini adalah benar-benar terjadi oleh kerana pengeluaran hormon oxytocin akibat daripada perasaan cinta dan kasih sayang anda terhadap anak anda itu.
*Hormon oxytocin atau juga dipanggil hormon cinta adalah hormon yang berkait rapat dengan wanita dalam membantu wanita ketika proses melahirkan dan menyusukan.
Semakin tinggi hormon oxytocin ini yang secara langsung membawa kepada rasa bahagia si ibu, maka semakin tinggilah kecenderungan badan mommies untuk menghasilkan susu pada ketika itu.
Jadi.. mommies sekalian, ketika proses directfeeding atau pumping, tataplah wajah anak anda ye! Mesti akan buat anda tersenyum bukan? (Senyumlah sampai ke telinga kalau boleh..hihi)
Jika anak tiada di depan mata, gambar mesti adakan dalam kamera henfon tu..ha, tataplah dengan penuh kasih sayang, naluri keibuan anda.
Selain itu, nak tambahkan rasa bahagia dan release emosi, ketika mengepam mommies juga boleh recall balik kenangan manis dan bahagia dengan orang yang tersayang, berbual perkara yang membuatkan anda tersenyum ceria, call orang tersayang ke seperti suami, ibu, ayah, adik beradik atau kawan yang membahagiakan!
Pasti saat mengepam anda, susu akan mencurah curah keluar dengan bahagianya :)
Dah tau caranya sekarang?
(Inilah salah satu cara dan sebab kenapa stok ebm saya lebih 3 bulan..Alhamdulillah ^_^ )
Mudahkan merangsang penghasilan susu ibu bila kita dah tau caranya bukan?
Selamat mempraktis!
Sesungguhnya Penyusuan itu Sunnah dan ianya Mudah!
Coach Mazyrah
Coach Penyusuan
BF Support
***
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat bagaimana 'memperkayakan' susu ibu dengan mendapat kondusi diri ibu sihat slim dan elegant, boleh terus Whatsapp mazyrah di 011-39574049.
Boleh join Projek Penyusuan Ekslusif untuk bayi kesayangan anda bersama Coach Mazyrah. 011.3957.4049.
No comments:
Post a Comment